Assalammualaikum, salam ukhuwah. Thanks for viewing my blog :)

Sunday, 27 January 2013

Saintis genius Islam Dr. Afiaa Siddiqui (Banduan 650)


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
  

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

I love to share this post today. It's about a muslimah named Aafia Siddiqui. Oh well actually she's a doctor. A genius doctor. Even the scientist at America can't beat her. She was born at Pakistan and lived at America. She's the only one neurologist who's complete her PhD in this field. 

What so special about her?

Haaa, kalau nak tahu. Baca post kat bawah ni. I'm just copy pasting this post below from Rusydee Artz.


"Banduan 650."

Itu nama lain bagi saudari seIslam kita, Dr. Aafia Siddiqui.

Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah. 
Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?:

"Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah. 


Siapakah Aafia?

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau. 


Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.


Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.



Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.



Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguam bela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder).
Skrg tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini. 

Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.

"Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin."



Justice for Aafia.

Allahuakbar. I totally burst into tears when reading this post. How can they do that to a woman and a mother like her? Messages have been spread to the whole world that dr Aafia Siddiqui has died in US jail. Syahid, allahuakbar! I don't know whether this is just a rumor or the truth.

From the article that I read before, they said that Dr Aafia Siddiqui has already died when the nation of Pakistan decided to sell her to USA. She was dead at the first day when the General Musharraf ( idk who's him actually) decided to sell her for just few dollars. Allahuakbar. 

No doubt, Dr Aafia Siddiqui will be remembered as a mujahidah and a daughter of nation forever. But remembered, for those who's doing all these crime things will never got an excuse to face the day of hereafter. They'll face the Almighty one day.

But I still that the rumor is wrong, I still hope that she's still alive :'(

Hasbunallah wa nikmal wakil

Keep praying and hoping guys. Adiosss! 

Zaman sekolah aku dah tamat


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
  

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

It's 2am in the morning. I'm just awake. Hoho. Ok well, I thought that I've being attack by this disease lately. I don't know why, sejak kebelakangan ni selalu je terbangun tengah malam. Hmmm, but i think it's good. Boleh perform tahajjud. Lama dah tak bangun tengah malam untuk dating ngan Allah. Alhamdulillah.

Ok, minggu ni bebudak SMAKK semuanya balik rumah since dorang baru je habis merentas desa. K fine, aku rindu kot nak merentas desa pa suma tu even aku tak pernah sumbang mata untuk rumah sukan aku har har. Asyik orang paling last sampai kat checkpoint terakhir, macamana tak last setiap kali merentas desa bukannya aku lari. Aku jalan je macam biasa. *booooo* K stop tak pernah aku terfikir nak jadi atlet sekolah or whatever la nama dia, bukannya aku terer sangat nak lari berapa kilometer tu. Nak aku pengsan kat tengah jalan, haaa try la. Haha.

By the way, there's something smelly yang aku boleh hidu kat SMAKK tu. I means, bila bebudak SMAKK semuanya pulang of course la kan ada yang update status. Normal lettew. But this time, majoriti semuanya update status negatif. I means bukanlah negatif macamana, seems macam dorang tak puas hati or maybe gaduh dengan someone? Tak macam tu? I don't know the whole story though, since I'm no longer there. Tapi tak salah kan kalau aku nak ambik tahu cerita-cerita kat sekolah tu. I've been apart of them before. Ok, back to the point. Nak dijadikan ceritanya, aku adalah juga jadi detective tak bertauliah kejap. Buat research sikit-sikit and korek-korek cerita dari juniors. 


Isu yang tengah hot sekarang ni adalah tentang isu 'bully'. For SMAKK students maybe normal la kot dengar buli-buli semua ni. Yes, benda tu normal dalam kalangan putra saja. Ya lah, masa aku kat SMAKK dulu pun selalu juga dengar putra buli budak or whatever la yang sewaktu dengannya. Ok, benda tu dah lali dah lapuk. Sometimes, kitorang tak ambik kisah pun even yang membuli tu putra form aku. Sebab it's being typical tradition sudah kat sekolah tu dan isu buli ni takkan pernah habis kalau takde satu batch kat sekolah tu ambik tindakan nak hentikan tradisi buli tu. Bukannya apa, dari yang aku tahu dorang buat semua tu sebab dorang nak junior-junior rasa apa yang senior-senior lama buat kat dorang dulu. Oh well, aku tak setuju kot dengan apa yang dorang buat tu. Bagi aku past is past la kan? Tak payah la nak buat apa benda tu balik kat juniors. Macamana juniors nak hormat kalau seniors buat macam tu. Manusia ni sometimes kita tak boleh nak didik dengan kekerasan, cuba didik cara lembut confirm meleleh hilang hensem terus. Har har.

Ok, this time isu buli ni pula melibatkan pelajar putri. At first, I was like seriously student perempuan yang buli :0 ohmygod what happen to SMAKK now? Aku fikir bila batch aku keluar dari sekolah tu so SMAKK boleh la aman. Yeah, for information u'olls kiranya kitorang batch nakal la since itu yang kena label kan. Well sokay kami terima seadanya, whatever gelaran yang kena bagi still kami boleh hold on and survive kat sekolah tu for 5 years. Takpe dah graduate dah pun. It's just dorang tak tahu and tak faham batch aku ni sebenarnya macamana. Yes maybe nakal, but at least we olls masih tahu tahap mana we olls masa tu. Hukum Allah tak pernah kitorang letak belakang, still nombor satu. Mungkin sebab batch aku ni kecoh kot, wherever and whatever kitorang buat mesti sesama and bila semua dah berkumpul mana tak bising kan? Ok, stop cerita batch aku. Yang tu kalau nak korek dalam-dalam maybe next entri. Hoho.

So, back to the issue. Hmm, aku pun tak boleh lah nak judge sebelah pihak kan? Nanti salah judge boleh buat gaduh pula. Kang tak pasal-pasal aku kena panggil pi SMAKK. Sumpah tanak! Nightmare. Hewhew. It's about seniors and juniors biasala tu. Bila ada student baru masuk especially form 1, confirm ada masalah. I don't know why, tapi normal la kot sebab dorang pun baru nak kenal dunia tu macamana kan. Sebelum  ni pun tidur kat bawah ketiak mak, now kena tido sesorang. Mandi pakai semua kena buat sendiri, kalau kat rumah maybe ada mak boleh tolong or maybe ada bibik yang boleh buat semua kerja tu. But, bila korang dah kat SMAKK no no no jangan harap ada orang boleh tolong kita buat semua tu. Ingat kitorang ni ape haaa??

At first yes mungkin boleh la, itupun seniors tunjuk ajar macamana nak cuci baju, nak jemur macamana, macamana nak iron baju, macamana nak manage masa macamana nak tu nak ni. First2 tu boleh la seniors 'tolong' (highlight sikit) not 'buat'. Ingat kitorang ni bibik hang ke ape nak suruh-suruh. Still boleh consider la kot kalau bebudak tu minta tolong benda-benda kecik tapi janganlah selalu. Have some respects! And yes, please use proper words to the seniors! Kita ni manusia kan sometimes boleh misunderstanding dengan ayat u'olls. Kalau nak minta tolong, buat cara minta tolong. Kalau nak pinjam buat cara nak pinjam barang. Ok, for example :

'Tolong bha iron baju ni', (juniors say to the seniors)

Kurang ajar tak ayat tu. Korang kat rumah cakap macam tu eh kat mak bapak korang? It's suppose :

'Kak, akak busy tak? Kalau akak tak busy boleh tak tolong saya iron baju ni. Sebab saya rasa saya tak sempat dah ni' (juniors) -sebut ayat tu dengan nada lembut, cewwah-

There we go, kalau korang cakap macam tu kan tak timbul isu kontroversi buli ape sume tah. Kerana mulut badan binasa. So, please mind your words! Ingat tu. Ohya, one more thing kalau nak minta tolong tu pastikan at first korang dah try usaha dengan kengkawan korang. Ni tak, ada kawan yang free tak pula minta kat kawan. Nak juga seniors. We olls tau we olls seniors ni comel-comel hew hew *muntah kejap* tapi jangan lah sampai macam tu. Belajar la, first-first tu memang kita takkan tahu nak buat semua benda-benda kat asrama tu. Ya la, nama pun budak baru belajar kan. Tapi takkan lah selama-lamanya macam tu, takkan sampai korang form 5 pun masih juga tak tahu nak urus diri. Wake up! This is life, your life. Live with it, fight for it!


And for juniors, kat SMAKK tu korang memang akan nampak pelbagai ragam bebudak SMAKK. Sometimes, korang akan nampak satu batch tu well yah maybe nakal tapi jangan sesuka hati memandai nak jump into conclusions. Ask! Tanya, fahami, perhati, try bergaul dengan dorang. Then baru korang akan tahu dorang sebenarnya macamana. Aku bukannya nak backing seniors, tapi aku pernah rasa benda ni. Ya la siapa juga tak sedih bila batch kita kena label macam tu kan, sedangkan dorang tak tahu pun cerita sebenar and siapa we olls sebenarnya. So, cara yang paling baik try rapat dengan seniors tu baru korang judge. Tapi aku berani cakap lah, semua tu indah khabar daru rupa je. Cerita sebenar yang korang akan tahu 97% jauh menyimpang dari desas-desus yang korang dengar. Believe me!

Sometimes orang yang kita sanjung kita hormat tu sebenarnya adalah yang paling banyak merosakkan kita, paling banyak cakap-cakap belakang pasal kita. dan orang yang kita caci kita maki tu sebenarnya yang paling banyak tolong kita and support kita tapi kita tak tahu.

So, the point is. Make sure, tahu cerita sebenar then baru buat keputusan. Jangan cepat sangat termakan dengan cakap orang lain. Padahnya akan balik kat diri kita juga. Take note!

And for the seniors pula, hmmmpp I know yang korang mesti tengah tertekan dengan peraturan baru tu kan? Fuhh, tough schedule and yes aku berani cakap kalau aku masih kat SMAKK dengan peraturan baru tu maybe aku pun berhenti sekolah kot. Aku tau mesti ada yang cakap 'alar, peraturan SMAKK baru nak ketat sedangkan sekolah lain lama dah ikut peraturan tu'. Hello, this is SMAKK ok? Jangan nak memandai bandingkan SMAKK dengan sekolah lain. We have our own vision and mission. Kalau semua nak sama so what's the different produk SMAKK dengan sekolah lain? Ewww ubah sikit mentaliti tu. Ya aku tahu kita ak lahirkan produk Islam yang full package baik dalam segala aspek. Tapi let's say kalau semua produk sama lama-kelamaan orang lain takkan pandang juga. Ya la, semua sangat kan. Merata boleh dapat. Tak macam tu?


About the rules, aku cakap tough sebab seriously this time peraturan berubah hampir 360 degree. Dulu tudung labuh prep boleh warna warni, boleh pink, purple, yellow, and etc. But this time cuma 3 warna sahaja yang dibenarkan which is putih, cream, black. Tak ke pelik tu. Ya lah sebelum ni boleh pakai warna warni but now cuma 3 warna je yang dibenarkan. Tapi, aku rasa ok la kot takde masalah pun since dorang prep kat asrama juga pun bukan kat kelas dah. So, try to deal with it. Boleh punya students! Keluar asrama kena sharp kalau tak siaplah nahas nama korang kena ambik oleh pengawas then kena charge denda lagi tinggi dari sebelum-sebelum ni. Pakaian takde yang boleh bergantung (ok still peraturan yang sama). Baju kena pakai yang katup and sarung lengan only hitam coklat. Ok, husnuzon lah maybe sebab sekolah nak protect aurat pelajar putri hmmm. Ya la, kan we olls tahu pelajar putri SMAKK ni sometimes ekstrem and kekadang tak sedar yang kain tangan tu terselak sikit (husnuzon husnuzon). 

And and about the ikhtilat, be flexible. Kat SMAKK tu korang kena lah pandai balance kan diri tentang cara pergaulan. Takyah lah hardcore sangat. I means sampai tanak bertegur dengan putra even sal urusan kerja. No no no, since SMAKK tetap memerlukan service putra and putri untuk combine sekali especially kalau nak organise sesuatu program. Tak ke macam bercakap dengan dinding kalau macam tu. Still boleh berurusan antara putra and putri tapi batas-batas still la kena jaga tapi tak la sampai sorang berdiri 1000 batu jaraknya. Avoid berbincang kat tempat-tempat gelap and make sure ada kawan yang boleh temankan. Kalau takde tungu esok je la. Jangan nak memandai.

And, there's one more thing aku nak kena share. Ni soal hormat dengan guru. Aku tulis ni sebab benda ni teramatlah penting guys. Korang tahu kan restu and berkat guru tu boleh effects masa depan kita. Yes, aku percaya. Benda ni aku dah alami and yang lain pun seniors sebelum ni dah pernah alami. Tiada manusia yang perfect kat dunia ni kan? So, even macamana kita tak suka orang tu sekali pun please jangan hukum dia kerana apa yang dia buat. Well sometimes maybe dia just menjalankan tugas dan amanah yang diberikan even dia takde niat pun nak buat sebenarnya. Benci perbuatan bukan manusia. Takut-takut satu hari nanti kita yang akan buat benda yang sama. Hidup ni qisas, bila-bila masa Allah boleh balas balik perbuatan tu. Hormati cikgu, sayang cikgu. Walau macamana marah sekali pun cikgu tu, apa yang dia buat tu sebenarnya semua untuk kebaikan diri kita juga. Perasaan sayang guru-guru terhadap anak murid tak pernah berubah.

pinjam gambar Syuhada kejap

Aku respect full blast dengan guru-guru SMAKK sebab sometimes komitmen yang dorang beri untuk students melebihi kudrat dan masa dorang sebenarnya. Ada yang sanggup buat kelas tambahan di luar waktu sekolah semata-mata nak mantap kan lagi students punya knowledge. Aku faham sometimes mesti korang malas nak turun kelas tambahan kan? Especially kalau kelas tu kena time hujung minggu lagi-lagi awal pagi yang time tu kita baru plan cecantik nak sambung tido. Aku faham aku faham. Sebab aku pun macam tu. Tapi at least please jaga perasaan cikgu, datang lah kelas tu walaupu terpaksa. Kalau memang dah malas tahap dewa dah tu datang lah kelas cikgu tu at least untuk jaga perasaan cikgu tu. Manala tau kan, evem korang malas-malas pun tapi since korang sanggup juga turun insha Allah guru akan redha juga. Especially bebudak kelas exam la ni. Hehe. Jaga hubungan dengan guru ye adik-adik. Takmau gaduh-gaduh (oppsss)

Hablu minallah, hablu minannas.
 Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia

That's the concept. So, that's all. Mata aku pun dah ngantuk ni. Post ni xde pun nak backup mana-mana pihak. Sekadar renungan dan peringatan daripada ex-SMAKK yang sekarang tengah menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai penganggur dengan bekerja sebagai nanny dekat nursery dan dalam masa yang sama tengah ambik lesen. Hoho.

To all seniors, sayangi yang muda, bimbing adik-adik. Takmau lagi dengar apa-apa masalah lepas ni k? Semoga u'olls jadi kakak dan abang yang terbaik and yes jadi contoh yang terbaik juga untuk generasi yang seterusnya. Try to deal with the rules. Mind set letak 'alar, aku tak lama lagi pun kat SMAKK ni'. Then, korang takkan sedar pun masa tu berlalu. Nanti bila dah keluar sekolah korang akan mengalami satu disease which is 'rindu sekolah' (apa nama aku bagi ni -.-). Haha, ok guys?

To all juniors, congrats sebab dapat masuk SMAKK. Jangan cepat putus asa and please jangan cepat sangat nak tukar sekolah. Try dulu setahun then korang akan tahu betapa best nya sekolah kat SMAKK tu. Trust me, kalau aku boleh pusing masa balik aku nak jadi students balik macam korang. Hormati yang tua.




Wassalam. Kapish! :)

p/s: gambar-gambar yang aku letak sal panorama SMAKK tu zaman purba kala. Kalau nak tengok SMAKK yang dah berubah 360 degree boleh cek kat page ni. Klik je link kat bawah tu :


sempat jadi promoter kejap ;p see yaaa.




Saturday, 26 January 2013

It's more than humanity! GAZA!


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
  

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


As we know, Gaza had been attacked again by Israel during the Maal Hijrah 1434. So, what your response guys? Watching the TV and just sit there and doing nothing? Staring at the tweets by the others and just retweeted it? Or you have something better in your mind? If yes alhamdulillah. You still have iman and you still cares about the condition of our brothers and sisters there.

While we have a huge bed, a luxury food, a great shelter, a peace country, beautiful school, lovely parents but our brothers and sisters at Gaza are being attacked! Don't your heart shaken??

Yes, my heart is shaken. Totally shaken. I'm cried at that night. I'm speechless. I feel like a stupidos in that time, I can't do nothing for them other than cry and keep praying everything will be okay. I'm weak. So insane.


Yes, aku marah. My heart just wanna explode. I don't get the point why Israel attack Gaza. But in the same time, aku rasa aku lemah. Kenapa? Sebab aku just boleh tulis, meluah apa yang hati aku nak tanpa berbuat apa-apa yang boleh tolong saudara-saudara kita dekat Gaza. Shame.Weak! I can imagine how's their feeling when their land destroy, the people keep running for cover with no guarantee whether their still alive or not, sleepless night, no food, no school, no fathers and no mothers! I put myself at their shoes, I can't. See how weak I am :'( cakap senang lah kan. 'Ya kalau aku dapat peluang aku nak berjihad dengan dorang kat Palestin, aku nak mati syahid sama-sama dorg'. Oh well, semua orang pun boleh cakap macam tu. But at time when the time is come berani ke nak pi Gaza jihad sama-sama dorang? Sentap. Great, aku pun -.-


Ya allah lemahnya. Pedulikah kita tentang mereka? Timeline FB dan Twitter penuh dengan berita tentang Gaza tapi kita lagi suka dok layan Kpop ape kebenda tah. Tapi aku bersyukur sebab masih ada insan-insan kat dunia ni yang masih peduli yang masih ambil kisah tentang keadaan Gaza even they start from zero tak tau apa-apa tentang Gaza but at least kali ni dorang kisah. Kita?

Kisah Gaza kena serang ni bukan benda baru yang tengah trending kat Twitter, Youtube macam video trending 'Listen,listen,listen' yang baru hangat beberapa minggu ni. No! Benda ni dah lama sebenarnya. Gaza dah berkurun lama kena serang untuk pengetahuan korang. Ok fine, jujur aku pun sebelum ni memang tak update sangat isu Gaza ni but this time i should and i need to care about this issue! Ini bukan sekadar isu 'humanity', it's more beyond than 'humanity' issue. Sebelum ni aku just tahu tentang Gaza kena serang thaen timbul isu boikot produk-produk Israel pa semua tu. Apa yang aku tahu masa tu Israel tu Yahudi and Palestin tu Islam. So, aku kena sokong Islam sebab aku Islam. Then, derma untuk tabung Palestin. Fullstop.  See, ceteknya pemikiran kan? Benda tu tak immortal pun dalam diri ni, bila isu tu makin lama tak jadi 'hot issue' untuk dibicarakan kita balik pi keadaan asal. Still juga beli barang Yahudi apa semua yang dahulunya kita tahu benda tu boikot. still juga beli McD, Starbucks, Colgate and etc benda-benda Yahudi tu. 

Then, bila timbul isu tu balik macam sekarang ni baru nak boikot balik. Lepas berita hilang buat balik. Sedangkan orang-orang kat Gaza tu dah lama hidup menderita hasil sumbangan duit dari kita. Yes, aku kena ngaku aku tak boleh tolak bila Double Cheese Burger McD tu dah ada kat depan aku plus dengan Fun Fries, Pepsi and McFlurry Oreo gila ka apa nak tolak semua tu? Then masuk kat Starbucks terliur tengok Caramel with topping pastu order Coffee Latte. Tak ke terliur macam tu? Ok, Israel dah berjaya dengan rancangan mereka nak kaburkan mata umat Islam dengan semua produk-produk tu. Tewas. Israel senyum megah bila tengok umat Islam semuanya boleh tewas hanya dengan makanan macam tu. Kita kalah dengan makanan belum lagi dengan bom. Nampak tak permainan dia?

Israel dah ada rancangan awal-awal nak kalahkan umat Islam kat dunia ni. And of course rancangan tu bukannya dorang plan sehari dua. Agenda Yahudi ni dah berabad-abad lamanya dorang plan cecantik and tunggu masa yang sesuai ja nak launch kan. Dan kita, umat akhir zaman ni adalah bahan eksperimen yang terbaik bagi dorang sebab Islam dah makin pudar masa ni, dah takde Nabi, dah takde khalifah-khalifah yang kuat macam dulu yang tak gentar apa dalam apa jua keadaan. Senang je bagi Yahudi nak kalahkan kita ni, guna perang sikologi confirm umat Islam sekarang ni dah kalah. Bingo! Eksperimen tu berjaya. 

Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku adalah antara bahan-bahan eksperimen Yahudi tu. Aku antara penyumbang peluru-peluru dan bom-bom untuk saudara-saudara aku kat Palestin tu. Ya, aku! Sebab dulu aku jahil, aku tak pernah pun nak ambik tahu sal Palestin ni. Aku just tahu kisah sebenar pun mungkin hanya 5% je. Tahu pun benda-benda yang basic je, yang dalam-dalam tu tak pernah nak ambik tahu. Aku tahu aku ni bukanlah baik sangat, tapi aku tengah usaha nak jadi yang terbaik dari sebelum-sebelum ni. Dulu tak pernah pun aku nak ambik tahu kisah Palestin-Israel ni just dengar apa yang orang cerita, just tengok berita kat Tv pastu tukar channel. Bila nampak gambar mangsa-mangsa kekejaman Yahudi tu 'mouse' laptop aku scroll lelaju tanpa sedetik pun nak berhenti dan baca apa yang terjadi. Sebab aku takut kot tengok darah semua tu, takut tengok orang kat sana kena bungkus dengan kain kafan. So, that's why pengetahuan aku tak pernah nak bertambah sal Palestin ni.

Tapi, bila isu tu tengah hangat balik sekarang aku dah start buat research balik tentang apa yang terjadi di sebalik Palestin-Israel ni. Kenapa Israel nak sangat Palestin tu sedangkan Palestin tu tanah umat Islam, tanah wakaf seluruh umat Islam kat dunia ni yang wajib dipertahankan oleh segenap muslimin dan muslimat. Dah nama pun tanah wakaf kan? Manusia tu boleh berubah, dari yang tak tahu jadi ambil tahu and aku sedikit-demi sedikit buat research tentang isu ni. Walaupun telinga aku panas bila dengar orang cakap,


'Alar, buat apa kau nak ambik peduli lagi. Palestin tu dah lama menderita tapi baru sekarang ni kau nak ambik kisah. Dah banyak umat Islam kat Palestin tu dah mati, sekarang kau baru terhegeh-hegeh nak boikot semua tu. Tak payah lah, dah terlambat'

Amboii, kau siapa nak letak hukum terlambat atau tak. Well, at least aku ada kesedaran sikit nak ambik tahu  sal hal ni. Supaya kat masa depan nanti aku tak lagi ulang kesalahan yang sama. Manusia yang jahil hari ni, tak semestinya akan jahil buat selama-lamanya. Tiada istilah terlambat dalam Islam, selagi belum kiamat. Nabi sendiri cakap kan : "Kalau esok kiamat, masih ada benih kat tangan tu tanam benih tu dulu". Faham dak? Maksudnya, tiada istilah terlambat kalau betul-betul kita nak berubah even esok dah nak kiamat in sha allah, Allah akan terima perubahan kita tu. Hati ni Allah yang pegang, bila-bila masa Allah boleh bagi hidayah kat sesiapa yang dia nak. Jangan riak, jangan takbur. Semua nikmat yang kita ada ni Allah boleh tarik. Sebab tu iman ni ada turun ada naik. 

Ok back to Palestin-Israel ni, kalau aku nak cerita sejarah tu dari awal sampai akhir boleh siap satu novel kot. Next time in sha allah boleh tulis kat entri yang lain. Tapi, apa yang aku nak korang semua tahu ada tentang penderitaan yang dorang dah alami. Perit, sakit, tak terkata. It's ok kalau baru nak ambik tahu, daripada tak ambik tahu langsung kan tu lagi parah tu. Aku pun baru nak ambik tahu, so apa yang nak dimalukan.

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara"
Surah Al-Hujurat : 10


Kita semua faham kan maksud ayat ni? Dorang kat Palestin tu semuanya saudara kita. Saudara seislam, saudara seagama even takde pertalian darah semua tapi kita semua umat Islam ni berasal dari satu ayah dan satu ibu iaitu Nabi adam dan Hawa. Dorang kat sana bukannya macam kita. Kita kat sini aman, ada ibu bapa, ada sekolah, boleh makan sedap-sedap, boleh keluar memain ngan kengkawan bila-bila masa yang kita nak tanpa perlu risau keselamatan diri kita. Tapi dorang kat sana hidup dalam ketakutan, tempat tinggal semuanya hancur dibedil, nak pi sekolah pun beg semua kena cek oleh askar-askar Yahudi, makanan dan perubatan kena sekat, yang memberontak memanng confirm takde nyawa lagi dah, perempuan dan bayi dilayan rakus tanpa sedikit pun belas kasihan. Bayangkan je lah kita kat tempat dorang sanggupkah tengok mak ayah kita mati depan mata, adik kita yang baru lahir sebulan dah mati dibom, dapat makanan pun yang sisa-sisa, bangunan sekeliling hancur dibedil, anak-anak kecil yang sepatutnya bersekolah dah pandai pegang senjata segala bagai. Boleh bayangkan tak? Ada rasa nak jihad sesama dengan dorang tak? Mestilah ada kan? Aku pun macam tu juga.


So, apa nak buat? Hmmm, ok aku taklah cakap kita kena angkat senjata, pandu kereta kebal semua tu untuk perang dengan Yahudi. Tapi kalau korang sedia and cukup semua persiapan apa salahnya kan? Tapi, aku tahu rata-rata kita semua bukannya ada ilmu pertahanan nak hadap semua tu. Dapat tawaran PLKN pun dah nangis-nangis taknak pegi (macam aku hahaha), ok tapi series aku tak dapat tawaran PLKN ok? K abaikan yang tu. But at least hulurkan lah bantuan tak kisah lah dalam bentuk apa sekali pun. Duit, pakaian, makanan, minuman, ubat-ubatan or anything yang berguna untuk dorang kat sana. Aku tahu ramai yang mampu kat Malaysia ni. Apa lah sangat kan?  Ikhlaskan lah diri tu nak menderma, pahala tu balik kat kita juga bukannya orang lain. Macam-macam dah alternative kita boleh follow, salah satunya derma. Banyak je sebenarnya agensi-agensi yang sediakan ruang untuk kita kalau nak hulurkan derma.


Cara yang paling simple. Pernah dengar tak AMAN PALESTIN? Haa, kalau yang pernah dengar tu baguslah. Derma guna sms je, bukannay susah pun kan. Ikut langkah ni :

Taip PALESTIN <jarak> 10 (nilai:10/5/3/1) hantar ke 39111



Senang kan? Tak sampai seminit pun. Daripada taip sms berjela-jela kat boyfriend girlfriend lagi panjang kot. Daripada share kredit kat boyfriend girlfriend yang tak halal tu lagi bagus menderma. Dapat pahala, kuarang dosa *nada sinis*. Kalau korang tak percaya boleh search sendiri laman web dia. Takpun pi usha instagram Diana Amir, takkan tak kenal kot Diana Amir. Alar yang pelakon tu, yang comey cecantik tu sekarang dah bertudung litup alhamdulillah. Haa tengok artis pun tak sombong nak derma apa lagi kita yang orang biasa ni. Bukan setakat Diana Amir je yang join program Aman Palestin ni artis lain pun ada juga contohnya Heliza Helmi, Adibah, Irma Hasmie, Zoey Rahman, Afdlin Syauqi, Pierre Andre and banyak lagi. Dorang bukan setakat derma, siap pi Gaza lagi buat kerja amal. Jeles tak? Ok, jeles. Tahu dah.






Dan sekecil-kecil bantuan adalah doa. Kalau kita tak mampu nak sumbang apa-apa pun at least dalam setiap solat dan sujud kita please tolong doakan mereka. Doakan supaya mereka tabah and kuat nak hadapi semua cabaran, doakan semoga Allah turunkan bantuan kepada mereka, doakan supaya kemenangan akan menjadi milik mereka satu hari nanti, doakan supaya tentera-tentera Zionis laknatullah tu akan hancur binasa dengan izin Allah. Amalkan qunut nazilah, mudah-mudahan Allah gentarkan hati-hati musuh dan tumpaskan mereka. Bukan untuk Palestin saja tapi untuk semua umat Islam di dunia ni. Sebab bukan Palestin je yang diserang, Syria dan negara-negara Islam yang lain pun tengah hadapi perkara yang sama. Let's unite for our brothers and sisters at Gaza! Free Gaza, Save Palestin!

                                      


                                     

Well that's all. Harap entri ni bermanfaat. And yes, please timbul kesedaran sikit. It's more than humanity. Lepas ni kalau nak boikot please buat secara istiqamah. Kurangkan penderitaan mereka. Kucar-kacirkan agenda Yahudi. Islam for ALL!


 

aku pun nak menyelit sikit. haha. gambar ni diambil time pergi Program Satu Hati Demimu Palestin anjuran Aman Palestin. Ada Heliza & Imam Muda Najdi juga masa ni.

yang tinggi lampai betul ni adik lelaki aku ikut sama join turun padang siap pow aku beli t-shirt palestin yang dia tengah pakai tu

Wassalam
:)





Thursday, 24 January 2013

Bukan senang nak berubah


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
  
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Siap cakap nak berubah tu senang? Ya memang susah nak berubah. Aku mengaku. Aku selalu dengar orang cakap 'Kau cakap senanglah. Nak berubah tu susah. Tahu tak!? YA cakap memang senang. Hanya berrmodalkan air liur secukup rasa dan suara selunaknya. Siapa pun takkan perrcaya. Yups berubah tu susah sebab ISTIQAMAH tu bukannya mudah boleh beli kat kedai macam tu je.

Berubah memang senang. Contohnya hari ni pakai tudung, esok tak pakai tudung. Hari ni tak solat esok solat full.Tapi boleh kah istiqamah nak pakai tudung, boleh kah istiqamah solat full. Boleh ke istiqamah nak buat tahajuud solat dhuha baca quran plus perencah rasa yang lain solat sunat, tadabbur, ikut majlis ilmu. Boleh jamin semua tu? Tiada yang boleh jamin kita boleh buat semua tu perfect saat awal nak berubah.



Nak tahu kenapa aku tulis entri ni, sebab aku nak korang sedar yang kat luar tu ramai sangat yang nak berubah sebenarnya. Tapi dorg tak berani, dorg tak berani nak ambil langkah permulaan berhijrah. Kenapa? Sebab kita! Sebab mulut kita yang takda saham ni asyik dok mengata mengumpat orang yang nak berubah. Pernah sekali dengar orang cakap macam ni 'Alar, dia tu cakap je nak berubah. Cuba tengok esok-esok confirm dia buat lagi'

Sentap tak dengar? Ok, aku sentap. Sebab ayat tu pernah ditujukan kat aku dulu. Yes, i know right. Cuba korang senaraikan kat aku manusia mana yang perfect kat dunia ni yang tak pernah buat salah? Ada tak? Korang, please kita bukan Nabi yang perfect yang maksum takkan pernah buat dosa. Kita manusia sayang, kita buat silap kita buat salah. Tapi bila ada orang nak berubah please jangan bash dia, jangan kutuk dia. Well at least who knows kan orang yang kita kutuk tu nanti akan jadi lagi baik dari kita suatu hari nanti. Siapa tahu kan? Hidup ni jatuh bangun. Sesiapa boleh di atas, sesiapa pun boleh di bawah.


Tumblr_m7mhcq4tby1qghthno1_500_large
Aku pernah rasa kepayahan nak berubah tu. Ingat senang ke nak pakai tudung labuh litup tutup dada apa semua? Ingat senang ke nak pakai stokin cover kaki suma? Ingat senang ke nak solat awal waktu? Ingat senang ke nak tarik earphone dari telinga ni untuk orang jenis macam aku yang earphone 24 jam melekat kat telinga layan lagu omputih? Ingat senang ke nak luangkan masa baca Quran untuk orang jenis aku yang lagi suka dok kat shopping mall tengok baju movie apa suma? Ingat senang ke nak biasakan diri ni pakai baju labuh longgar semua tu? Ingat senang nak elak budaya couple sedangkan orang2 sekeliling aku suma dok layan cintan cintun ntah hape2 tu? Haaa ni baru sikit, kan dah cakap bukannya senang. Susah. 

Tapi ingatlah, bila niat tu ikhlas tulus lillahita'ala in sha Allah tiada yang susah. Memang pada awalnya susah. Nothing perfect for the first time kan? Tapi jangan pernah putus asa. Sebab Allah takkan pernah putus asa dengan kita.  Banyakkan berdoa kepada Allah supaya hati ni kuat dan tabah nak hadap caci maki orang sekeliling kita. Just ignore apa yang dorg cakap kat kita. Doa kat Allah semoga hidayah akan terus ada untuk kita. Doa kat Allah mohon istiqamah kat dalam diri. Doa kat Allah supaya dipermudahkan urusan. Biarlah susah di dunia, biarlah sakit hati nak hadap semua tu jangan terseksa kat akhirat nanti. Azab Allah tu bukan ringan sayang, azab sakit pedih. Siapa tahan? Takde kan?

And one more thing, aku tak cakap yang kita kena berubah 360 darjah sekali gus. No no no. Tiada manusia yang boleh lakukan perubahan yang begitu drastik dan perfect. Kalau ada meh kenalkan kat aku, aku nak berguru ni. Slow slow. Buat satu-satu supaya semua amalan tu sebati dalam diri kita. Biar serasi. Tapi benda wajib tu kita kena highlight sikit. Contohnya, pasal solat dan aurat. Benda tu wajib right? So, benda ni kena take action cepat sikit. Kalau dulu solat tak pernah buat, paksa diri buat full time solat tu. Paksa diri! Kalau memang tak dapat juga, ambik phone korg set reminder dan alarm untuk kelima-lima waktu solat tu. Haa sape yang guna smart phone yang ad a application Android dan Apple tu bagus pi download waktu-waktu solat then set kat setting supaya azan bila masuk waktu. So, kita akan alert tentang waktu solat. Apa guna phone mahal-mahal tapi application yang free boleh download kat playstore tu pun kita tak boleh buat. Sentap. Buat lah apa cara sekali pun supaya kita ingat. Biar orang ketawakan, ingat kat akhirat nanti boleh tolong ke? 

Tumblr_m45p0ejpby1r8qv4wo1_500_large

Kalau bab aurat pula, aku dulu pun bukannya mahir sangat part melabuhkan tudung ni. Dulu pun pakai tudung biasa je. Aku pakai depends ikut environment. Kalau nak jejalan pakai bawal biasa, jeans and blaus yang semestinya ketat. Haa kalau nak pi event pla baju ntah hape2 yang memang tabarruj yang orang boleh detect kita dari 10000 batu lagi. Benda dah sebati dalam diri bukan senang nak ubah kan? Lagi-lagi suasana family yang memang xde basic Islam lagi lah susah. 

So, apa aku buat? Time tu aku banyak baca blog kakak-kakak yang juga mengalami masalah sama macam aku. Yang dulunya pernah jahil juga. Aku ikut tips dorg lepastu aku berjinak-jinak tengok tutorial yang melabuhkan tudung. Aku usha instagram orang yang suka pakai dress cecantik tapi still tutup aurat. At time, aku rasa sebak pula tengok dorg pakai macam tu. kalau dorang boleh kenapa aku tak. Dan saat tu aku tanam azam dalam diri nak hijrah. Aku start pakai bidang 45 yang tebal sikit tapi pakai macam biasa tak nak singkat-singkat lagi. Lepas tu aku start pakai tudung 45 yang tebal tapi labuh ikut tutorial Dena Bahrin tu. And lepas tu umi aku pula galakkan aku beli tudung Akel yang bidang 55. 

And aku tak sangka pula umi aku setuju aku beli tudung Akel tu. Korang tau kan fabrik Akel adalah fabrik yang terbaik sebab tebal dan labuh and yes of course harga pun mahal juga. Aku terharu sebab umi terima perubahan aku then suru aku beli tudung-tudung dengan harga borong semua warna ada. Sebak. Start dari situ aku beli baju-baju yang labuh, aku start pakai skirt. Dan yah lama-kelamaan benda tu sebati. Alhamdulillah. Dan the best part aku nak nangis bila sedar kawan-kawan aku yang lain pun dah ramai yang berubah. Kekadang dorg siap meluah lagi kat aku macamana nak berubah. Macamana nak cari baju yang longgar. Macamana nak pakai tudung yang aku selalu pakai,

Ya Allah, tiada apa yang aku harapkan selain dari perubahan dorang tu. Alhamdulillah. See, bila kita berubah niat sebab Allah, Allah pasti akan tolong kita. Allah akan detikkan dan gentarkan orang-orang sekeliling kita untuk ikut sama berubah. Like what i'm said before buat slow slow in sha Allah istiqamah tu kan datang dengan sendirinya bila kita dah kuat. Jangan pula hari ni pakai tudung labuh esok dah tak nak pakai dah. Hari ni solat, esok dah tak solat langsung. Heyyyy, mana boleh macam tu!???? Sikit sikit, slow slow, start from the basic. In sha allah boleh punya. Doa kat Allah semoga perubahan kita tu diterima, doa kat Allah supaya solat kita tu diterima. Then cuba jinak-jinakkan diri baca Quran. Bacalah even sikit. Cuba try baca mathurat, amal solat hajat, solat dhuha' untuk cover lubang2 dosa kita yang dulu. Kalau tak dapat buat semua, buat setakat yang mampu.

'Kalau tak dapat buat semua, at least jangan tinggal semua'


Lagi satu, ramai yang cakap 'Pergi mana cari kawan yang baik, kena pandai pilih kawan. Cari kawan yang baik'. Yang ni selalunya golongan ibubapa lah yang selalu cakap kan? HAHA (umi jangan marah ika tau). Yes i know, memang ada betulnya apa yang dorg cakap tu. But bagi aku kalau kita asyik busy cari kawan yang baik tu siapa nak kawan dengan golongan yang dorg cakap tak baik tu? Siapa siapa siapa!!??

Bagi aku biarlah kita mempengaruhi,jangan dipengaruhi. Jujur, aku kawan dengan budak-budak yang nakal. Nakal la kot sebab dah tu guru-guru label kami. Bukannya apa, kami kawan je dengan semua orang kat sekolah tu. Yang alim pun jadi geng kami. Tapi aku terharu sebab dorg yang alim tak pernah buang kami even kami ni nakal. Dorg siap tarik kami lagi pi majlis-majlis ilmu, kejutkan bangun qiam, nasihat kami bila kami lupa. Dorg sabar dorg tabah even kekadang kami tak suka dengan apa yang dorg buat. Berkat sabar tu alhamdulillah yang nakal-nakal tu dah boleh kikis dari diri ni.

Kalau kita nak berubah, ajak orang lain sekali join kita berubah. Ajak member-member kita berubah. Takkan nak masuk syurga sorang-sorang kan? Nanti kat akhirat nanti Allah tanya kenapa tak ajak kawan-kawan berubah sekali, haaa apa nak jawab? Dorg terima atau tak dakwah kita tu belakang cerita, at least kita dah usaha. Allah tak tengok hasil, Allah tengok usaha, Doa banyak-banyak kat Allah supaya Allah lembutkan hati dorg untuk berubah. hati manusia ni Allah yang punya, Allah yang cipta hati, Allah pemilik semua hati-hati manusia ni. Tak semua orang boleh terima apa yang kita buat, dan tak semua apa yang orang buat kita boleh terima. Kan? Terbuka atau tidak hati dorg, itu semua kuasa Allah. Serahkan semua kat Allah. Yang penting kita dah usaha.

So, panjang sangat dah membebel ni. Post ni bukannya aku nak menunjuk-nunjuk aku dah berubah. Aku just nak share pengalaman aku. Sebab aku tau kat luar tu memang ramai sangat nak berubah tapi tak mampu sebab takde orang yang bimbing. Guys, bila jumpa orang macam ni jom tarik dia sama-sama dengan kita. kot kot dia boleh berubah kan? One more thing, sudah-sudah lah tu perangai suka bash orang tu. Ingat orang lain takde perasaan ke? Cuba respect sikit. Kalau nak tegur, tegurlah dengan cara yang berhikmah. Jangan main sembur je. Agak-agaklah juga. Macamana orang nak terima dakwah kita kalau kita pun tegur kasar-kasar kat dorg. 

Aku bukan nak back up orang yang nak berubah ni, tapi aku nak korang sedar yang semua manusia layak untuk berubah. Kita tak tau kekadang orang yang kita sanjung kita puji melangit tu lah yang sebenarnya banyak rosakkan kita menjahanamkan diri kita sebenarnya, maybe kita tak nampak sebab dia licik, buat dalam diam (sorry ayat kasar sikit), orang kau caci maki kutuk segala tu la sebenarnya yang paling banyak tolong kita, paling banyak support kita bila kita susah tapi kita tak sedar semua tu sebab mata kita kabur hati kitabuta nak nilai mana yang terbaik.




So, please jom ubah perangai tu. Ok? korang tak nak ke tengok muslimah-muslimah dan muslim-muslim kat dunia ni berubah. Nak  kan? Mesti lah nak. *ok kiss sikit*

K that's all, sorry kalau entri ni kasar sikit or buat korg sentap ke? Just luahan hati dan peringatan untuk diri ini and korg semua. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk tu datang dari diri saya sendiri.
Kbye, Wassalam

^__________^



Beloved Muhammad


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
  
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) – Surah al-Ahzab, ayat 21

Salam Maulid Nabi u'olls. Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk kita sama-sama rasa nikmat Maulidur Rasul buat kesekian kalinya. Praise :')

Guys, sayang Rasulullah tak? Mestilah sayang kan? Even kita langsung tak pernah jumpa Rasulullah tapi perasaan rindu dan sayang tu menebal kat dalam hati ni. Ya allah, rinduuuuuu :')


Kalau lah aku boleh hidup zaman Rasulullah aku akan ambil peluang sebaiknya nak belajar tentang Islam, nak topup iman, nak tatap wajah Rasulullah puas-puas. Rasulullah adalah contoh tauladan terbaik untuk segenap golongan manusia dalam segala aspek kehidupan. Rasulullah pemimpin terunggul, suami mithali, sahabat yang terbaik, datuk yang penyayang. You name it, my answer still Rasulullah SAW.

Soal rumahtangga Rasulullah adalah suami yang terbaik dan romantik. Rasulullah suka bergurau dengan isteri-isteri baginda. Gurauan ini tidak pernah meruntuhkan nilai nubuwwah yang ada pada diri baginda bahkan ia merupakan penyeri kepada kehidupan berumahtangga yang diperlukan oleh setiap manusia. Kadang-kadang sudut ini yang dicuaikan oleh sebahagian daripada kita yang menjadikan kehidupan kita kaku dan beku tanpa gurau senda. 

Begitu juga dalam aspek muamalat dengan rakyat. Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang yang cukup menjaga segala tatatertib sebagai seorang Muslim. Kata-katanya cukup manis. Baginda tidak pernah sekalipun mengeluarkan kata-kata kesat. That's why Rasulullah amat dikagumi sejak zaman kanak-kanaknya lagi. Ok jeles. Mulianya Rasulullah.

Tapi apa yang lagi penting adalah perjuangan dan pengorbanan Rasulullah sehingga kita ummatnya masih merasa nikmat Iman dan Islam sehingga hari ini. Perjuangan Rasulullah bersama para sahabat yang menempuhi pelbagai jenis dugaan dan cabaran. Tapi Rasulullah dan sahabat tak pernah pun mengeluh dengan semua ujian tu. Tak pernah pun putus asa mengadu kat Rasulullah penat. 

Sedangkan perjuangan dorg lagi perit dari yang kita sangka. Bayangkan nak bawa Islam ke seluruh dunia yang time tu dunia jahil langsung tak boleh terima Islam. Tapi tanpa perjuangan Rasulullah dan sahabat tu kita takkan dengar risalah disampaikan, alunan Quran tidak akan dilaungkan. Kita takkan rasa semua tu kalau bukan sebab perjuangan Rasul dan sahabat.

Walaupun Rasulullah sudah tiada lagi tapi aura dan bau perjuangan itu masih ada. Walaupun Rasulullah sudah tiada tapi medan jihad itu masih ada. Itu tanggungjawab kita untuk kekalkan dan sebarkan Islam di muka bumi ini. Usahalah walaupun sedikit, it's more better than never. At least kat akhirat nanti kita ada modal nak jawab dengan Alah yang kita ada bantu perjuangan Rasulullah satu ketika dahulu kat muka bumi. Apalah sangatkan perjuangan kita berbanding perjuangan Rasulullah yang dulu baru start nak sebar Islam. Sekarang ni kita tak payah lagi berperang berlumuran darah sebab nak sebar Islam. 

Islam dah ada kat muka bumi ni. Cuma tanggungjawab kita nak sebar dan tegakkan Islam sahaja lagi. Susah kah? Memang susah. Tiada perjuangan dan pengorbanan yang mudah. Ya memang penat, tapi bertahanlah demi Islam. Bangkitlah demi Islam. Bangunlah demi Islam. Jihadlah demi Islam. Islam perlu kita. Islam rindukan pejuang-pejuangnya yang pernah digeruni oleh segenap manusia suatu ketika dahulu. Islam rindukan mujahid dan mujahidah yang tidak gentar melawan musuh. Islam rindukan syabab yang sanggup bergadai nyawa demi Islam. Islam rindukan semua itu. Rasulullah rindukan semua itu.

Brothers sisters,
Jom bangkit! Maulidur Rasul bukan setakat berbaris berarak dan berselawat ke atas Rasulullah. Ya tak salah pun cara tu. Tapi penghayatan adalah lebih penting. Hayati sejarah hidup dan perjuangan Rasulullah.  Amal sunnah Nabi. Hidupkan cara hidup Nabi di mana juga kita berada. Itu yang betul sebenarnya.

Jom jadi peminat Rasulullah! Who's with me?

wassalam.




maulidur_rasul

Wednesday, 23 January 2013

How's my life going on?


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
  
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Wahh blog dah berhabuk. It's being a while i'm not blogging -,- great hahaha. It's almost 5 month sejak September 2012 lagi. Lama tak? Lama kan. Haha ok abaikan. So how's life u'olls? Mine, alhamdulillah so far so good and i'm gain a kilo's for this holiday. Hahaha. Just a kilo ok nevermind im going having my healthy diet. I know right, it will never happen. Ciss, so insane. I'm look so chubby tembam urghh everything yg sama makna dengannya. 

Any suggestion for me? Haha. PM on my facebook ye, tak pun boleh je DM kat twitter. Harharhar *tampar sikit* before that Mai nak ucap tahniah kat adik perempuan Mai sebab dapat masuk SMAKK. Wahh nampaknya generasi Encik Ismail semua kat sana. Proud! *dancing*. Haaa, hang rasa lah macamana akak rasa dulu. Haha. Tapi mai tak risau dia kat sana sebab dia jenis yang akan ikut semua peraturan bukan macam akak dia ni main redah je semua :] cuma risau dia penat. Sebab dia bukannya jenis yang badan kuat, memang sejak lahir badan dia memang lemah. Hanya mengharapkan yang terbaik untuk dia sana. Amiiin.

K cukup, intro panjang sangat -.- By the way, there we go i'm gonna start with my SPM. How is it? Is it good? Hmmp alhamdulillah all praises to Allah. Akhirnya tamat juga sesi persekolahan sebagai pelajar sekolah. Dah 5 tahun berhempas-pulas perah keringat akhirnya saat penentuan pun telah tiba and yeah it's over. No more wearing school uniform, xde dah nak terkejar-kejar bangun awal semata-mata nak pi perhimpunan pagi yang sangat sangat haihh ( bukan apa, muka selalu kena denda datang lambat kan, haha ), xde dah muka selalu keluar lambat dari asrama then bayar RM 0.20 pastu cakap kat MPP xde bawa duit padahal ada je dompet kat dalam beg hahaha. Sorry MPP :p 



haaa ambik muka excited keluar dari dewan peperiksaan. dalam hati nak jerit SPM dah habihhhhhh!!!!


tapi seriously Mai rindu kot dengan masakan dewan makan sekolah Mai tu. Kecur air liur bila ingat balik semua menu dewan makan. Part ayam masak merah nasi ayam semua tu Mai memang tak boleh blah memang kena turun juga even dewan makan dah tutup. Haa takpun suru bebudak or roomates pi ambik makanan tolong tapaukan. Hahaha, demi ayam masak merah semua boleh lah.

Hmmm, bila ingat balik rindu pula kan nak jadi budak sekolah balik. Pheww, rindu nak study reramai, rindu nak buat program, rindu nak gaduh2 dengan kawan, rindu nak buat kecoh. Ehh rindu semua. Sejak cuti ni rasa down sesangat. Just imagine cuti lepas SPM maybe dalam 3 or 4 bulan, tak rasa kosong ke? Yes i am. 

Even my bestfriend sendiri mengadu meluah yang cuti ni rasa kosong sangat. Sebak juga dengar. Almaklumlah selama ni hidup pun dalam peraturan (haha, selalu langgar je pun peraturan tu) hidup dalam suasana tarbiah islamiah. Tapi sekarang kat dunia luar ni bukannya senang seperti yang kita fikir. Kita kena survive sendiri, buat semua benda sendiri2, salah ke betul ke yang kita buat tu semua depends dengan diri kita.
 
Kalau dekat SMAKK dulu apa yang kita buat semua dengan kengkawan, kalau salah ada kawan yang tegur, kalau down ada kawan yang tolong tenangkan. Haa sekarang ni buat semua sendiri2! Mai sometimes boleh hanyut kalau tiada orang yang ingatkan. See, kuat kan pengaruh sahabat dan tarbiah kat diri ni. Tu lah dulu nak sangat cecepat keluar dari SMAKK tu. Sekarang baru nak nyesal sebab tak hargai semua apa yang pernah buat dulu. Sob sob. But alhamdulillah, berkat kekuatan paksa juga diri ni buat perkara2 baik semua tu. Even Mai taklah dapat cover semua, at least ada buat daripada tiada langsung kan. Kalau dulu solat dhuha', tadarus, tahajjud, usrah tu senang je nak follow masa kat SMAKK dulu. 

Sebab memang badan-badan kerohanian akan organize semua benda tu. Haa ni kat rumah apa yang ada, dok ngampai hadap TV, Twitter, Facebook 24 jam je. Boring -.- benda yang sama kita buat setiap hari siapa tak boring kan. I'm dead haihhh. So caranya, Mai terpaksa buat reminder and alarm tetiap hari kat phone supaya ingat. Alhamdulillah setakat ni berkesan, even tahajjud sangat lah liat nak bangun ya allah haihhh. Syaitan ikat kuat sangat kot. Mohon dijauhkan. Amiiin.

Kengkawan Mai yang lain pun ramai dah start kerja, memang semua jenis tak boleh dok diam kan. Haa pejam mata celik mata ramai dah apply kerja. Ada yang mengajar kat sekolah agama, ada yang kerja dengan family sendiri urus bussiness, ada yang kerja kat nursery (it's me it's me *muka excited*), ada yang kerja hmmm macam2 jenis kerja Mai pun lupa dah. Banyak sangat. Ambik lesen pun tak dilupakan. Ramai kot, majoriti batch mai ambik lesen. 

Amboihh kemain lagi kn, semua sakan nak bawa kereta. Haha. Aku pun -.- I think itu idea yang bagus lah kot, daripada dok memerap kat rumah satu benda pun tak jadi bagus kerja kan. Rasa sikit penat lelah cari duit tu. Ingat senang ke? har har penat tu tak payah cakap la tiada kerja yang senang kat dunia ni. Alhamdulillah merasa juga duit hasil sendiri kan, even gaji tak lah cecah ribu tapi orang cakap cukuplah sekadar apa yang ada, daripada tiada langsung. Yang penting duit tu halal hasil dari penat jerih kita sendiri. Haa untuk beberapa bulan ni tak payah la mengharapkan duit dari parents kalau nak beli apa2 benda yang kita nak kan? Hmmmm *motif* Mai enjoy je kat nursery jaga bebudak kat sana even ya allah perangai entah hape2 tah. Biasalah bebudak kan bukannya tau apa2. Ok sal kerja Mai ni tunggu new update insha allah.

Hmmm cuti sangat boring kan? Rindu kengkawan lagi. Haihh bila lah boleh kumpul semula reramai macam dulu2. Tak sabar tak sabar. Insha Allah ada masa panjang umur murah rezeki jumpa juga. Tapi sebenarnya debaran menanti result SPM lagi kuat kot. Fuhhhh, i hope everything will be better. Amiiinn. Keep praying and hoping, HE will listen every single of it. Fuhhh. K xdak dah nak bebel ni. Tunggu next entry ye insha Allah kalau tak busy ^___^

That's all for now. Wassalam