Assalammualaikum, salam ukhuwah. Thanks for viewing my blog :)

Thursday 24 January 2013

Beloved Muhammad


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
  
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) – Surah al-Ahzab, ayat 21

Salam Maulid Nabi u'olls. Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk kita sama-sama rasa nikmat Maulidur Rasul buat kesekian kalinya. Praise :')

Guys, sayang Rasulullah tak? Mestilah sayang kan? Even kita langsung tak pernah jumpa Rasulullah tapi perasaan rindu dan sayang tu menebal kat dalam hati ni. Ya allah, rinduuuuuu :')


Kalau lah aku boleh hidup zaman Rasulullah aku akan ambil peluang sebaiknya nak belajar tentang Islam, nak topup iman, nak tatap wajah Rasulullah puas-puas. Rasulullah adalah contoh tauladan terbaik untuk segenap golongan manusia dalam segala aspek kehidupan. Rasulullah pemimpin terunggul, suami mithali, sahabat yang terbaik, datuk yang penyayang. You name it, my answer still Rasulullah SAW.

Soal rumahtangga Rasulullah adalah suami yang terbaik dan romantik. Rasulullah suka bergurau dengan isteri-isteri baginda. Gurauan ini tidak pernah meruntuhkan nilai nubuwwah yang ada pada diri baginda bahkan ia merupakan penyeri kepada kehidupan berumahtangga yang diperlukan oleh setiap manusia. Kadang-kadang sudut ini yang dicuaikan oleh sebahagian daripada kita yang menjadikan kehidupan kita kaku dan beku tanpa gurau senda. 

Begitu juga dalam aspek muamalat dengan rakyat. Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang yang cukup menjaga segala tatatertib sebagai seorang Muslim. Kata-katanya cukup manis. Baginda tidak pernah sekalipun mengeluarkan kata-kata kesat. That's why Rasulullah amat dikagumi sejak zaman kanak-kanaknya lagi. Ok jeles. Mulianya Rasulullah.

Tapi apa yang lagi penting adalah perjuangan dan pengorbanan Rasulullah sehingga kita ummatnya masih merasa nikmat Iman dan Islam sehingga hari ini. Perjuangan Rasulullah bersama para sahabat yang menempuhi pelbagai jenis dugaan dan cabaran. Tapi Rasulullah dan sahabat tak pernah pun mengeluh dengan semua ujian tu. Tak pernah pun putus asa mengadu kat Rasulullah penat. 

Sedangkan perjuangan dorg lagi perit dari yang kita sangka. Bayangkan nak bawa Islam ke seluruh dunia yang time tu dunia jahil langsung tak boleh terima Islam. Tapi tanpa perjuangan Rasulullah dan sahabat tu kita takkan dengar risalah disampaikan, alunan Quran tidak akan dilaungkan. Kita takkan rasa semua tu kalau bukan sebab perjuangan Rasul dan sahabat.

Walaupun Rasulullah sudah tiada lagi tapi aura dan bau perjuangan itu masih ada. Walaupun Rasulullah sudah tiada tapi medan jihad itu masih ada. Itu tanggungjawab kita untuk kekalkan dan sebarkan Islam di muka bumi ini. Usahalah walaupun sedikit, it's more better than never. At least kat akhirat nanti kita ada modal nak jawab dengan Alah yang kita ada bantu perjuangan Rasulullah satu ketika dahulu kat muka bumi. Apalah sangatkan perjuangan kita berbanding perjuangan Rasulullah yang dulu baru start nak sebar Islam. Sekarang ni kita tak payah lagi berperang berlumuran darah sebab nak sebar Islam. 

Islam dah ada kat muka bumi ni. Cuma tanggungjawab kita nak sebar dan tegakkan Islam sahaja lagi. Susah kah? Memang susah. Tiada perjuangan dan pengorbanan yang mudah. Ya memang penat, tapi bertahanlah demi Islam. Bangkitlah demi Islam. Bangunlah demi Islam. Jihadlah demi Islam. Islam perlu kita. Islam rindukan pejuang-pejuangnya yang pernah digeruni oleh segenap manusia suatu ketika dahulu. Islam rindukan mujahid dan mujahidah yang tidak gentar melawan musuh. Islam rindukan syabab yang sanggup bergadai nyawa demi Islam. Islam rindukan semua itu. Rasulullah rindukan semua itu.

Brothers sisters,
Jom bangkit! Maulidur Rasul bukan setakat berbaris berarak dan berselawat ke atas Rasulullah. Ya tak salah pun cara tu. Tapi penghayatan adalah lebih penting. Hayati sejarah hidup dan perjuangan Rasulullah.  Amal sunnah Nabi. Hidupkan cara hidup Nabi di mana juga kita berada. Itu yang betul sebenarnya.

Jom jadi peminat Rasulullah! Who's with me?

wassalam.




maulidur_rasul

No comments: