Assalammualaikum, salam ukhuwah. Thanks for viewing my blog :)

Sunday 27 January 2013

Zaman sekolah aku dah tamat


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
  

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

It's 2am in the morning. I'm just awake. Hoho. Ok well, I thought that I've being attack by this disease lately. I don't know why, sejak kebelakangan ni selalu je terbangun tengah malam. Hmmm, but i think it's good. Boleh perform tahajjud. Lama dah tak bangun tengah malam untuk dating ngan Allah. Alhamdulillah.

Ok, minggu ni bebudak SMAKK semuanya balik rumah since dorang baru je habis merentas desa. K fine, aku rindu kot nak merentas desa pa suma tu even aku tak pernah sumbang mata untuk rumah sukan aku har har. Asyik orang paling last sampai kat checkpoint terakhir, macamana tak last setiap kali merentas desa bukannya aku lari. Aku jalan je macam biasa. *booooo* K stop tak pernah aku terfikir nak jadi atlet sekolah or whatever la nama dia, bukannya aku terer sangat nak lari berapa kilometer tu. Nak aku pengsan kat tengah jalan, haaa try la. Haha.

By the way, there's something smelly yang aku boleh hidu kat SMAKK tu. I means, bila bebudak SMAKK semuanya pulang of course la kan ada yang update status. Normal lettew. But this time, majoriti semuanya update status negatif. I means bukanlah negatif macamana, seems macam dorang tak puas hati or maybe gaduh dengan someone? Tak macam tu? I don't know the whole story though, since I'm no longer there. Tapi tak salah kan kalau aku nak ambik tahu cerita-cerita kat sekolah tu. I've been apart of them before. Ok, back to the point. Nak dijadikan ceritanya, aku adalah juga jadi detective tak bertauliah kejap. Buat research sikit-sikit and korek-korek cerita dari juniors. 


Isu yang tengah hot sekarang ni adalah tentang isu 'bully'. For SMAKK students maybe normal la kot dengar buli-buli semua ni. Yes, benda tu normal dalam kalangan putra saja. Ya lah, masa aku kat SMAKK dulu pun selalu juga dengar putra buli budak or whatever la yang sewaktu dengannya. Ok, benda tu dah lali dah lapuk. Sometimes, kitorang tak ambik kisah pun even yang membuli tu putra form aku. Sebab it's being typical tradition sudah kat sekolah tu dan isu buli ni takkan pernah habis kalau takde satu batch kat sekolah tu ambik tindakan nak hentikan tradisi buli tu. Bukannya apa, dari yang aku tahu dorang buat semua tu sebab dorang nak junior-junior rasa apa yang senior-senior lama buat kat dorang dulu. Oh well, aku tak setuju kot dengan apa yang dorang buat tu. Bagi aku past is past la kan? Tak payah la nak buat apa benda tu balik kat juniors. Macamana juniors nak hormat kalau seniors buat macam tu. Manusia ni sometimes kita tak boleh nak didik dengan kekerasan, cuba didik cara lembut confirm meleleh hilang hensem terus. Har har.

Ok, this time isu buli ni pula melibatkan pelajar putri. At first, I was like seriously student perempuan yang buli :0 ohmygod what happen to SMAKK now? Aku fikir bila batch aku keluar dari sekolah tu so SMAKK boleh la aman. Yeah, for information u'olls kiranya kitorang batch nakal la since itu yang kena label kan. Well sokay kami terima seadanya, whatever gelaran yang kena bagi still kami boleh hold on and survive kat sekolah tu for 5 years. Takpe dah graduate dah pun. It's just dorang tak tahu and tak faham batch aku ni sebenarnya macamana. Yes maybe nakal, but at least we olls masih tahu tahap mana we olls masa tu. Hukum Allah tak pernah kitorang letak belakang, still nombor satu. Mungkin sebab batch aku ni kecoh kot, wherever and whatever kitorang buat mesti sesama and bila semua dah berkumpul mana tak bising kan? Ok, stop cerita batch aku. Yang tu kalau nak korek dalam-dalam maybe next entri. Hoho.

So, back to the issue. Hmm, aku pun tak boleh lah nak judge sebelah pihak kan? Nanti salah judge boleh buat gaduh pula. Kang tak pasal-pasal aku kena panggil pi SMAKK. Sumpah tanak! Nightmare. Hewhew. It's about seniors and juniors biasala tu. Bila ada student baru masuk especially form 1, confirm ada masalah. I don't know why, tapi normal la kot sebab dorang pun baru nak kenal dunia tu macamana kan. Sebelum  ni pun tidur kat bawah ketiak mak, now kena tido sesorang. Mandi pakai semua kena buat sendiri, kalau kat rumah maybe ada mak boleh tolong or maybe ada bibik yang boleh buat semua kerja tu. But, bila korang dah kat SMAKK no no no jangan harap ada orang boleh tolong kita buat semua tu. Ingat kitorang ni ape haaa??

At first yes mungkin boleh la, itupun seniors tunjuk ajar macamana nak cuci baju, nak jemur macamana, macamana nak iron baju, macamana nak manage masa macamana nak tu nak ni. First2 tu boleh la seniors 'tolong' (highlight sikit) not 'buat'. Ingat kitorang ni bibik hang ke ape nak suruh-suruh. Still boleh consider la kot kalau bebudak tu minta tolong benda-benda kecik tapi janganlah selalu. Have some respects! And yes, please use proper words to the seniors! Kita ni manusia kan sometimes boleh misunderstanding dengan ayat u'olls. Kalau nak minta tolong, buat cara minta tolong. Kalau nak pinjam buat cara nak pinjam barang. Ok, for example :

'Tolong bha iron baju ni', (juniors say to the seniors)

Kurang ajar tak ayat tu. Korang kat rumah cakap macam tu eh kat mak bapak korang? It's suppose :

'Kak, akak busy tak? Kalau akak tak busy boleh tak tolong saya iron baju ni. Sebab saya rasa saya tak sempat dah ni' (juniors) -sebut ayat tu dengan nada lembut, cewwah-

There we go, kalau korang cakap macam tu kan tak timbul isu kontroversi buli ape sume tah. Kerana mulut badan binasa. So, please mind your words! Ingat tu. Ohya, one more thing kalau nak minta tolong tu pastikan at first korang dah try usaha dengan kengkawan korang. Ni tak, ada kawan yang free tak pula minta kat kawan. Nak juga seniors. We olls tau we olls seniors ni comel-comel hew hew *muntah kejap* tapi jangan lah sampai macam tu. Belajar la, first-first tu memang kita takkan tahu nak buat semua benda-benda kat asrama tu. Ya la, nama pun budak baru belajar kan. Tapi takkan lah selama-lamanya macam tu, takkan sampai korang form 5 pun masih juga tak tahu nak urus diri. Wake up! This is life, your life. Live with it, fight for it!


And for juniors, kat SMAKK tu korang memang akan nampak pelbagai ragam bebudak SMAKK. Sometimes, korang akan nampak satu batch tu well yah maybe nakal tapi jangan sesuka hati memandai nak jump into conclusions. Ask! Tanya, fahami, perhati, try bergaul dengan dorang. Then baru korang akan tahu dorang sebenarnya macamana. Aku bukannya nak backing seniors, tapi aku pernah rasa benda ni. Ya la siapa juga tak sedih bila batch kita kena label macam tu kan, sedangkan dorang tak tahu pun cerita sebenar and siapa we olls sebenarnya. So, cara yang paling baik try rapat dengan seniors tu baru korang judge. Tapi aku berani cakap lah, semua tu indah khabar daru rupa je. Cerita sebenar yang korang akan tahu 97% jauh menyimpang dari desas-desus yang korang dengar. Believe me!

Sometimes orang yang kita sanjung kita hormat tu sebenarnya adalah yang paling banyak merosakkan kita, paling banyak cakap-cakap belakang pasal kita. dan orang yang kita caci kita maki tu sebenarnya yang paling banyak tolong kita and support kita tapi kita tak tahu.

So, the point is. Make sure, tahu cerita sebenar then baru buat keputusan. Jangan cepat sangat termakan dengan cakap orang lain. Padahnya akan balik kat diri kita juga. Take note!

And for the seniors pula, hmmmpp I know yang korang mesti tengah tertekan dengan peraturan baru tu kan? Fuhh, tough schedule and yes aku berani cakap kalau aku masih kat SMAKK dengan peraturan baru tu maybe aku pun berhenti sekolah kot. Aku tau mesti ada yang cakap 'alar, peraturan SMAKK baru nak ketat sedangkan sekolah lain lama dah ikut peraturan tu'. Hello, this is SMAKK ok? Jangan nak memandai bandingkan SMAKK dengan sekolah lain. We have our own vision and mission. Kalau semua nak sama so what's the different produk SMAKK dengan sekolah lain? Ewww ubah sikit mentaliti tu. Ya aku tahu kita ak lahirkan produk Islam yang full package baik dalam segala aspek. Tapi let's say kalau semua produk sama lama-kelamaan orang lain takkan pandang juga. Ya la, semua sangat kan. Merata boleh dapat. Tak macam tu?


About the rules, aku cakap tough sebab seriously this time peraturan berubah hampir 360 degree. Dulu tudung labuh prep boleh warna warni, boleh pink, purple, yellow, and etc. But this time cuma 3 warna sahaja yang dibenarkan which is putih, cream, black. Tak ke pelik tu. Ya lah sebelum ni boleh pakai warna warni but now cuma 3 warna je yang dibenarkan. Tapi, aku rasa ok la kot takde masalah pun since dorang prep kat asrama juga pun bukan kat kelas dah. So, try to deal with it. Boleh punya students! Keluar asrama kena sharp kalau tak siaplah nahas nama korang kena ambik oleh pengawas then kena charge denda lagi tinggi dari sebelum-sebelum ni. Pakaian takde yang boleh bergantung (ok still peraturan yang sama). Baju kena pakai yang katup and sarung lengan only hitam coklat. Ok, husnuzon lah maybe sebab sekolah nak protect aurat pelajar putri hmmm. Ya la, kan we olls tahu pelajar putri SMAKK ni sometimes ekstrem and kekadang tak sedar yang kain tangan tu terselak sikit (husnuzon husnuzon). 

And and about the ikhtilat, be flexible. Kat SMAKK tu korang kena lah pandai balance kan diri tentang cara pergaulan. Takyah lah hardcore sangat. I means sampai tanak bertegur dengan putra even sal urusan kerja. No no no, since SMAKK tetap memerlukan service putra and putri untuk combine sekali especially kalau nak organise sesuatu program. Tak ke macam bercakap dengan dinding kalau macam tu. Still boleh berurusan antara putra and putri tapi batas-batas still la kena jaga tapi tak la sampai sorang berdiri 1000 batu jaraknya. Avoid berbincang kat tempat-tempat gelap and make sure ada kawan yang boleh temankan. Kalau takde tungu esok je la. Jangan nak memandai.

And, there's one more thing aku nak kena share. Ni soal hormat dengan guru. Aku tulis ni sebab benda ni teramatlah penting guys. Korang tahu kan restu and berkat guru tu boleh effects masa depan kita. Yes, aku percaya. Benda ni aku dah alami and yang lain pun seniors sebelum ni dah pernah alami. Tiada manusia yang perfect kat dunia ni kan? So, even macamana kita tak suka orang tu sekali pun please jangan hukum dia kerana apa yang dia buat. Well sometimes maybe dia just menjalankan tugas dan amanah yang diberikan even dia takde niat pun nak buat sebenarnya. Benci perbuatan bukan manusia. Takut-takut satu hari nanti kita yang akan buat benda yang sama. Hidup ni qisas, bila-bila masa Allah boleh balas balik perbuatan tu. Hormati cikgu, sayang cikgu. Walau macamana marah sekali pun cikgu tu, apa yang dia buat tu sebenarnya semua untuk kebaikan diri kita juga. Perasaan sayang guru-guru terhadap anak murid tak pernah berubah.

pinjam gambar Syuhada kejap

Aku respect full blast dengan guru-guru SMAKK sebab sometimes komitmen yang dorang beri untuk students melebihi kudrat dan masa dorang sebenarnya. Ada yang sanggup buat kelas tambahan di luar waktu sekolah semata-mata nak mantap kan lagi students punya knowledge. Aku faham sometimes mesti korang malas nak turun kelas tambahan kan? Especially kalau kelas tu kena time hujung minggu lagi-lagi awal pagi yang time tu kita baru plan cecantik nak sambung tido. Aku faham aku faham. Sebab aku pun macam tu. Tapi at least please jaga perasaan cikgu, datang lah kelas tu walaupu terpaksa. Kalau memang dah malas tahap dewa dah tu datang lah kelas cikgu tu at least untuk jaga perasaan cikgu tu. Manala tau kan, evem korang malas-malas pun tapi since korang sanggup juga turun insha Allah guru akan redha juga. Especially bebudak kelas exam la ni. Hehe. Jaga hubungan dengan guru ye adik-adik. Takmau gaduh-gaduh (oppsss)

Hablu minallah, hablu minannas.
 Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia

That's the concept. So, that's all. Mata aku pun dah ngantuk ni. Post ni xde pun nak backup mana-mana pihak. Sekadar renungan dan peringatan daripada ex-SMAKK yang sekarang tengah menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai penganggur dengan bekerja sebagai nanny dekat nursery dan dalam masa yang sama tengah ambik lesen. Hoho.

To all seniors, sayangi yang muda, bimbing adik-adik. Takmau lagi dengar apa-apa masalah lepas ni k? Semoga u'olls jadi kakak dan abang yang terbaik and yes jadi contoh yang terbaik juga untuk generasi yang seterusnya. Try to deal with the rules. Mind set letak 'alar, aku tak lama lagi pun kat SMAKK ni'. Then, korang takkan sedar pun masa tu berlalu. Nanti bila dah keluar sekolah korang akan mengalami satu disease which is 'rindu sekolah' (apa nama aku bagi ni -.-). Haha, ok guys?

To all juniors, congrats sebab dapat masuk SMAKK. Jangan cepat putus asa and please jangan cepat sangat nak tukar sekolah. Try dulu setahun then korang akan tahu betapa best nya sekolah kat SMAKK tu. Trust me, kalau aku boleh pusing masa balik aku nak jadi students balik macam korang. Hormati yang tua.




Wassalam. Kapish! :)

p/s: gambar-gambar yang aku letak sal panorama SMAKK tu zaman purba kala. Kalau nak tengok SMAKK yang dah berubah 360 degree boleh cek kat page ni. Klik je link kat bawah tu :


sempat jadi promoter kejap ;p see yaaa.




No comments: