Assalammualaikum, salam ukhuwah. Thanks for viewing my blog :)

Thursday 24 January 2013

Bukan senang nak berubah


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
  
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Siap cakap nak berubah tu senang? Ya memang susah nak berubah. Aku mengaku. Aku selalu dengar orang cakap 'Kau cakap senanglah. Nak berubah tu susah. Tahu tak!? YA cakap memang senang. Hanya berrmodalkan air liur secukup rasa dan suara selunaknya. Siapa pun takkan perrcaya. Yups berubah tu susah sebab ISTIQAMAH tu bukannya mudah boleh beli kat kedai macam tu je.

Berubah memang senang. Contohnya hari ni pakai tudung, esok tak pakai tudung. Hari ni tak solat esok solat full.Tapi boleh kah istiqamah nak pakai tudung, boleh kah istiqamah solat full. Boleh ke istiqamah nak buat tahajuud solat dhuha baca quran plus perencah rasa yang lain solat sunat, tadabbur, ikut majlis ilmu. Boleh jamin semua tu? Tiada yang boleh jamin kita boleh buat semua tu perfect saat awal nak berubah.



Nak tahu kenapa aku tulis entri ni, sebab aku nak korang sedar yang kat luar tu ramai sangat yang nak berubah sebenarnya. Tapi dorg tak berani, dorg tak berani nak ambil langkah permulaan berhijrah. Kenapa? Sebab kita! Sebab mulut kita yang takda saham ni asyik dok mengata mengumpat orang yang nak berubah. Pernah sekali dengar orang cakap macam ni 'Alar, dia tu cakap je nak berubah. Cuba tengok esok-esok confirm dia buat lagi'

Sentap tak dengar? Ok, aku sentap. Sebab ayat tu pernah ditujukan kat aku dulu. Yes, i know right. Cuba korang senaraikan kat aku manusia mana yang perfect kat dunia ni yang tak pernah buat salah? Ada tak? Korang, please kita bukan Nabi yang perfect yang maksum takkan pernah buat dosa. Kita manusia sayang, kita buat silap kita buat salah. Tapi bila ada orang nak berubah please jangan bash dia, jangan kutuk dia. Well at least who knows kan orang yang kita kutuk tu nanti akan jadi lagi baik dari kita suatu hari nanti. Siapa tahu kan? Hidup ni jatuh bangun. Sesiapa boleh di atas, sesiapa pun boleh di bawah.


Tumblr_m7mhcq4tby1qghthno1_500_large
Aku pernah rasa kepayahan nak berubah tu. Ingat senang ke nak pakai tudung labuh litup tutup dada apa semua? Ingat senang ke nak pakai stokin cover kaki suma? Ingat senang ke nak solat awal waktu? Ingat senang ke nak tarik earphone dari telinga ni untuk orang jenis macam aku yang earphone 24 jam melekat kat telinga layan lagu omputih? Ingat senang ke nak luangkan masa baca Quran untuk orang jenis aku yang lagi suka dok kat shopping mall tengok baju movie apa suma? Ingat senang ke nak biasakan diri ni pakai baju labuh longgar semua tu? Ingat senang nak elak budaya couple sedangkan orang2 sekeliling aku suma dok layan cintan cintun ntah hape2 tu? Haaa ni baru sikit, kan dah cakap bukannya senang. Susah. 

Tapi ingatlah, bila niat tu ikhlas tulus lillahita'ala in sha Allah tiada yang susah. Memang pada awalnya susah. Nothing perfect for the first time kan? Tapi jangan pernah putus asa. Sebab Allah takkan pernah putus asa dengan kita.  Banyakkan berdoa kepada Allah supaya hati ni kuat dan tabah nak hadap caci maki orang sekeliling kita. Just ignore apa yang dorg cakap kat kita. Doa kat Allah semoga hidayah akan terus ada untuk kita. Doa kat Allah mohon istiqamah kat dalam diri. Doa kat Allah supaya dipermudahkan urusan. Biarlah susah di dunia, biarlah sakit hati nak hadap semua tu jangan terseksa kat akhirat nanti. Azab Allah tu bukan ringan sayang, azab sakit pedih. Siapa tahan? Takde kan?

And one more thing, aku tak cakap yang kita kena berubah 360 darjah sekali gus. No no no. Tiada manusia yang boleh lakukan perubahan yang begitu drastik dan perfect. Kalau ada meh kenalkan kat aku, aku nak berguru ni. Slow slow. Buat satu-satu supaya semua amalan tu sebati dalam diri kita. Biar serasi. Tapi benda wajib tu kita kena highlight sikit. Contohnya, pasal solat dan aurat. Benda tu wajib right? So, benda ni kena take action cepat sikit. Kalau dulu solat tak pernah buat, paksa diri buat full time solat tu. Paksa diri! Kalau memang tak dapat juga, ambik phone korg set reminder dan alarm untuk kelima-lima waktu solat tu. Haa sape yang guna smart phone yang ad a application Android dan Apple tu bagus pi download waktu-waktu solat then set kat setting supaya azan bila masuk waktu. So, kita akan alert tentang waktu solat. Apa guna phone mahal-mahal tapi application yang free boleh download kat playstore tu pun kita tak boleh buat. Sentap. Buat lah apa cara sekali pun supaya kita ingat. Biar orang ketawakan, ingat kat akhirat nanti boleh tolong ke? 

Tumblr_m45p0ejpby1r8qv4wo1_500_large

Kalau bab aurat pula, aku dulu pun bukannya mahir sangat part melabuhkan tudung ni. Dulu pun pakai tudung biasa je. Aku pakai depends ikut environment. Kalau nak jejalan pakai bawal biasa, jeans and blaus yang semestinya ketat. Haa kalau nak pi event pla baju ntah hape2 yang memang tabarruj yang orang boleh detect kita dari 10000 batu lagi. Benda dah sebati dalam diri bukan senang nak ubah kan? Lagi-lagi suasana family yang memang xde basic Islam lagi lah susah. 

So, apa aku buat? Time tu aku banyak baca blog kakak-kakak yang juga mengalami masalah sama macam aku. Yang dulunya pernah jahil juga. Aku ikut tips dorg lepastu aku berjinak-jinak tengok tutorial yang melabuhkan tudung. Aku usha instagram orang yang suka pakai dress cecantik tapi still tutup aurat. At time, aku rasa sebak pula tengok dorg pakai macam tu. kalau dorang boleh kenapa aku tak. Dan saat tu aku tanam azam dalam diri nak hijrah. Aku start pakai bidang 45 yang tebal sikit tapi pakai macam biasa tak nak singkat-singkat lagi. Lepas tu aku start pakai tudung 45 yang tebal tapi labuh ikut tutorial Dena Bahrin tu. And lepas tu umi aku pula galakkan aku beli tudung Akel yang bidang 55. 

And aku tak sangka pula umi aku setuju aku beli tudung Akel tu. Korang tau kan fabrik Akel adalah fabrik yang terbaik sebab tebal dan labuh and yes of course harga pun mahal juga. Aku terharu sebab umi terima perubahan aku then suru aku beli tudung-tudung dengan harga borong semua warna ada. Sebak. Start dari situ aku beli baju-baju yang labuh, aku start pakai skirt. Dan yah lama-kelamaan benda tu sebati. Alhamdulillah. Dan the best part aku nak nangis bila sedar kawan-kawan aku yang lain pun dah ramai yang berubah. Kekadang dorg siap meluah lagi kat aku macamana nak berubah. Macamana nak cari baju yang longgar. Macamana nak pakai tudung yang aku selalu pakai,

Ya Allah, tiada apa yang aku harapkan selain dari perubahan dorang tu. Alhamdulillah. See, bila kita berubah niat sebab Allah, Allah pasti akan tolong kita. Allah akan detikkan dan gentarkan orang-orang sekeliling kita untuk ikut sama berubah. Like what i'm said before buat slow slow in sha Allah istiqamah tu kan datang dengan sendirinya bila kita dah kuat. Jangan pula hari ni pakai tudung labuh esok dah tak nak pakai dah. Hari ni solat, esok dah tak solat langsung. Heyyyy, mana boleh macam tu!???? Sikit sikit, slow slow, start from the basic. In sha allah boleh punya. Doa kat Allah semoga perubahan kita tu diterima, doa kat Allah supaya solat kita tu diterima. Then cuba jinak-jinakkan diri baca Quran. Bacalah even sikit. Cuba try baca mathurat, amal solat hajat, solat dhuha' untuk cover lubang2 dosa kita yang dulu. Kalau tak dapat buat semua, buat setakat yang mampu.

'Kalau tak dapat buat semua, at least jangan tinggal semua'


Lagi satu, ramai yang cakap 'Pergi mana cari kawan yang baik, kena pandai pilih kawan. Cari kawan yang baik'. Yang ni selalunya golongan ibubapa lah yang selalu cakap kan? HAHA (umi jangan marah ika tau). Yes i know, memang ada betulnya apa yang dorg cakap tu. But bagi aku kalau kita asyik busy cari kawan yang baik tu siapa nak kawan dengan golongan yang dorg cakap tak baik tu? Siapa siapa siapa!!??

Bagi aku biarlah kita mempengaruhi,jangan dipengaruhi. Jujur, aku kawan dengan budak-budak yang nakal. Nakal la kot sebab dah tu guru-guru label kami. Bukannya apa, kami kawan je dengan semua orang kat sekolah tu. Yang alim pun jadi geng kami. Tapi aku terharu sebab dorg yang alim tak pernah buang kami even kami ni nakal. Dorg siap tarik kami lagi pi majlis-majlis ilmu, kejutkan bangun qiam, nasihat kami bila kami lupa. Dorg sabar dorg tabah even kekadang kami tak suka dengan apa yang dorg buat. Berkat sabar tu alhamdulillah yang nakal-nakal tu dah boleh kikis dari diri ni.

Kalau kita nak berubah, ajak orang lain sekali join kita berubah. Ajak member-member kita berubah. Takkan nak masuk syurga sorang-sorang kan? Nanti kat akhirat nanti Allah tanya kenapa tak ajak kawan-kawan berubah sekali, haaa apa nak jawab? Dorg terima atau tak dakwah kita tu belakang cerita, at least kita dah usaha. Allah tak tengok hasil, Allah tengok usaha, Doa banyak-banyak kat Allah supaya Allah lembutkan hati dorg untuk berubah. hati manusia ni Allah yang punya, Allah yang cipta hati, Allah pemilik semua hati-hati manusia ni. Tak semua orang boleh terima apa yang kita buat, dan tak semua apa yang orang buat kita boleh terima. Kan? Terbuka atau tidak hati dorg, itu semua kuasa Allah. Serahkan semua kat Allah. Yang penting kita dah usaha.

So, panjang sangat dah membebel ni. Post ni bukannya aku nak menunjuk-nunjuk aku dah berubah. Aku just nak share pengalaman aku. Sebab aku tau kat luar tu memang ramai sangat nak berubah tapi tak mampu sebab takde orang yang bimbing. Guys, bila jumpa orang macam ni jom tarik dia sama-sama dengan kita. kot kot dia boleh berubah kan? One more thing, sudah-sudah lah tu perangai suka bash orang tu. Ingat orang lain takde perasaan ke? Cuba respect sikit. Kalau nak tegur, tegurlah dengan cara yang berhikmah. Jangan main sembur je. Agak-agaklah juga. Macamana orang nak terima dakwah kita kalau kita pun tegur kasar-kasar kat dorg. 

Aku bukan nak back up orang yang nak berubah ni, tapi aku nak korang sedar yang semua manusia layak untuk berubah. Kita tak tau kekadang orang yang kita sanjung kita puji melangit tu lah yang sebenarnya banyak rosakkan kita menjahanamkan diri kita sebenarnya, maybe kita tak nampak sebab dia licik, buat dalam diam (sorry ayat kasar sikit), orang kau caci maki kutuk segala tu la sebenarnya yang paling banyak tolong kita, paling banyak support kita bila kita susah tapi kita tak sedar semua tu sebab mata kita kabur hati kitabuta nak nilai mana yang terbaik.




So, please jom ubah perangai tu. Ok? korang tak nak ke tengok muslimah-muslimah dan muslim-muslim kat dunia ni berubah. Nak  kan? Mesti lah nak. *ok kiss sikit*

K that's all, sorry kalau entri ni kasar sikit or buat korg sentap ke? Just luahan hati dan peringatan untuk diri ini and korg semua. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk tu datang dari diri saya sendiri.
Kbye, Wassalam

^__________^



No comments: