Assalammualaikum, salam ukhuwah. Thanks for viewing my blog :)

Wednesday 23 January 2013

How's my life going on?


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
  
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Wahh blog dah berhabuk. It's being a while i'm not blogging -,- great hahaha. It's almost 5 month sejak September 2012 lagi. Lama tak? Lama kan. Haha ok abaikan. So how's life u'olls? Mine, alhamdulillah so far so good and i'm gain a kilo's for this holiday. Hahaha. Just a kilo ok nevermind im going having my healthy diet. I know right, it will never happen. Ciss, so insane. I'm look so chubby tembam urghh everything yg sama makna dengannya. 

Any suggestion for me? Haha. PM on my facebook ye, tak pun boleh je DM kat twitter. Harharhar *tampar sikit* before that Mai nak ucap tahniah kat adik perempuan Mai sebab dapat masuk SMAKK. Wahh nampaknya generasi Encik Ismail semua kat sana. Proud! *dancing*. Haaa, hang rasa lah macamana akak rasa dulu. Haha. Tapi mai tak risau dia kat sana sebab dia jenis yang akan ikut semua peraturan bukan macam akak dia ni main redah je semua :] cuma risau dia penat. Sebab dia bukannya jenis yang badan kuat, memang sejak lahir badan dia memang lemah. Hanya mengharapkan yang terbaik untuk dia sana. Amiiin.

K cukup, intro panjang sangat -.- By the way, there we go i'm gonna start with my SPM. How is it? Is it good? Hmmp alhamdulillah all praises to Allah. Akhirnya tamat juga sesi persekolahan sebagai pelajar sekolah. Dah 5 tahun berhempas-pulas perah keringat akhirnya saat penentuan pun telah tiba and yeah it's over. No more wearing school uniform, xde dah nak terkejar-kejar bangun awal semata-mata nak pi perhimpunan pagi yang sangat sangat haihh ( bukan apa, muka selalu kena denda datang lambat kan, haha ), xde dah muka selalu keluar lambat dari asrama then bayar RM 0.20 pastu cakap kat MPP xde bawa duit padahal ada je dompet kat dalam beg hahaha. Sorry MPP :p 



haaa ambik muka excited keluar dari dewan peperiksaan. dalam hati nak jerit SPM dah habihhhhhh!!!!


tapi seriously Mai rindu kot dengan masakan dewan makan sekolah Mai tu. Kecur air liur bila ingat balik semua menu dewan makan. Part ayam masak merah nasi ayam semua tu Mai memang tak boleh blah memang kena turun juga even dewan makan dah tutup. Haa takpun suru bebudak or roomates pi ambik makanan tolong tapaukan. Hahaha, demi ayam masak merah semua boleh lah.

Hmmm, bila ingat balik rindu pula kan nak jadi budak sekolah balik. Pheww, rindu nak study reramai, rindu nak buat program, rindu nak gaduh2 dengan kawan, rindu nak buat kecoh. Ehh rindu semua. Sejak cuti ni rasa down sesangat. Just imagine cuti lepas SPM maybe dalam 3 or 4 bulan, tak rasa kosong ke? Yes i am. 

Even my bestfriend sendiri mengadu meluah yang cuti ni rasa kosong sangat. Sebak juga dengar. Almaklumlah selama ni hidup pun dalam peraturan (haha, selalu langgar je pun peraturan tu) hidup dalam suasana tarbiah islamiah. Tapi sekarang kat dunia luar ni bukannya senang seperti yang kita fikir. Kita kena survive sendiri, buat semua benda sendiri2, salah ke betul ke yang kita buat tu semua depends dengan diri kita.
 
Kalau dekat SMAKK dulu apa yang kita buat semua dengan kengkawan, kalau salah ada kawan yang tegur, kalau down ada kawan yang tolong tenangkan. Haa sekarang ni buat semua sendiri2! Mai sometimes boleh hanyut kalau tiada orang yang ingatkan. See, kuat kan pengaruh sahabat dan tarbiah kat diri ni. Tu lah dulu nak sangat cecepat keluar dari SMAKK tu. Sekarang baru nak nyesal sebab tak hargai semua apa yang pernah buat dulu. Sob sob. But alhamdulillah, berkat kekuatan paksa juga diri ni buat perkara2 baik semua tu. Even Mai taklah dapat cover semua, at least ada buat daripada tiada langsung kan. Kalau dulu solat dhuha', tadarus, tahajjud, usrah tu senang je nak follow masa kat SMAKK dulu. 

Sebab memang badan-badan kerohanian akan organize semua benda tu. Haa ni kat rumah apa yang ada, dok ngampai hadap TV, Twitter, Facebook 24 jam je. Boring -.- benda yang sama kita buat setiap hari siapa tak boring kan. I'm dead haihhh. So caranya, Mai terpaksa buat reminder and alarm tetiap hari kat phone supaya ingat. Alhamdulillah setakat ni berkesan, even tahajjud sangat lah liat nak bangun ya allah haihhh. Syaitan ikat kuat sangat kot. Mohon dijauhkan. Amiiin.

Kengkawan Mai yang lain pun ramai dah start kerja, memang semua jenis tak boleh dok diam kan. Haa pejam mata celik mata ramai dah apply kerja. Ada yang mengajar kat sekolah agama, ada yang kerja dengan family sendiri urus bussiness, ada yang kerja kat nursery (it's me it's me *muka excited*), ada yang kerja hmmm macam2 jenis kerja Mai pun lupa dah. Banyak sangat. Ambik lesen pun tak dilupakan. Ramai kot, majoriti batch mai ambik lesen. 

Amboihh kemain lagi kn, semua sakan nak bawa kereta. Haha. Aku pun -.- I think itu idea yang bagus lah kot, daripada dok memerap kat rumah satu benda pun tak jadi bagus kerja kan. Rasa sikit penat lelah cari duit tu. Ingat senang ke? har har penat tu tak payah cakap la tiada kerja yang senang kat dunia ni. Alhamdulillah merasa juga duit hasil sendiri kan, even gaji tak lah cecah ribu tapi orang cakap cukuplah sekadar apa yang ada, daripada tiada langsung. Yang penting duit tu halal hasil dari penat jerih kita sendiri. Haa untuk beberapa bulan ni tak payah la mengharapkan duit dari parents kalau nak beli apa2 benda yang kita nak kan? Hmmmm *motif* Mai enjoy je kat nursery jaga bebudak kat sana even ya allah perangai entah hape2 tah. Biasalah bebudak kan bukannya tau apa2. Ok sal kerja Mai ni tunggu new update insha allah.

Hmmm cuti sangat boring kan? Rindu kengkawan lagi. Haihh bila lah boleh kumpul semula reramai macam dulu2. Tak sabar tak sabar. Insha Allah ada masa panjang umur murah rezeki jumpa juga. Tapi sebenarnya debaran menanti result SPM lagi kuat kot. Fuhhhh, i hope everything will be better. Amiiinn. Keep praying and hoping, HE will listen every single of it. Fuhhh. K xdak dah nak bebel ni. Tunggu next entry ye insha Allah kalau tak busy ^___^

That's all for now. Wassalam

No comments: