Assalammualaikum, salam ukhuwah. Thanks for viewing my blog :)

Thursday 28 March 2013

Untuk apakah ujian ini?

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
  

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[2:286]

Untuk apakah ujian ini? Tepuk dada tanya iman.

Adakah untuk membebani hamba-NYA? Adakah untuk melemahkan hamba-NYA? Tidak sayang, Allah berikan semua ujian yang mendatang tidak lain dan tidak bukan untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang-NYA untuk hamba-hamba-NYA. Untuk jadikan kita lebih kuat! Lebih tabah hadapi hari-hari mendatang. Untuk mematangkan diri menempuhi setiap liku-liku hidup di masa hadapan.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[2:216]

Ayat ni Mai dah post buat kedua kalinya. Subhanallah, ayat ini lah ubatnya bila hati sedih, rasa down, dan lemah. 
Setiap ujian yang Dia datangkan adalah untuk buat kita lebih dekat denganNya. Tapi tu terpulang pada cara kita terima ujian tu. Kalau kita redha, inshaAllah kita akan lebih dekat denganNya tapi kalau kita mengeluh dan tak dapat terima ujian tu, jadilah sebaliknya. Kita akan menyalahkan takdir, kita rasa hilang percaya kepada Allah dan lebih terpengaruh kepada hasutan syaitan untuk buat kita makin jauh denganNya. Nauzubillah.

Ehem ehem, ok apa motif post ni. Haha. Okayy, btw lama dah tak post kan. Dah berhabuk dah blog ni hmm. Result? Amboihh sakan sangat nak tanya result Mai eh? Eihh tak payah tanya la. Bukannya tinggi pungggg. Ok la Mai dapat 4A saja. A untuk - BM,BI,SEJARAH & SYARIAH. B untuk - BAHASA ARAB & QURAN SUNNAH. C untuk ? Amboihh lebih2 pula. Dah dah tak payah nak lebih. Result Mai rendah ja, sedih tak? Gila tak sedih. Sedih yang teramat sangat. Mai target 6/7A sebenarnya, tapi alhamdulillah ini rezeki yang Allah bagi mai terima dengan redha seredha redhanya. Pagi petang siang malam nangis haihhh. Tak sangka jauh tersasar dari target. Sampai putus asa cakap kat diri memang lepas ni gelap la masa depan nak ambik dentistry.

Even, memang satu batch Mai pun sedih sebab result kitorang jatuh merudum habis berbanding result time kitorang PMR dulu. Tapi itu bukan pengakhiran kan? Allah nak uji kebergantungan kami. Allah nak uji tahap mana kami percaya dengan apa yang Allah aturkan. Tapi rasanya semua kawan-kawan Mai dah redha dengan apa yang berlaku. Ramai dah atur plan nak sambung mana lepas ni, dengar-dengar MSU dapat perhatian hebat dari batch Mai. Nampaknya berkampung di Shah Alam la kamu lepas ni.

And how about me? Tak sambung belajar ka?

Alhamdulillah, Allah buka rezeki Mai untuk sambung belajar. Alhamdulillah alhamdulillah. Eh kat mana? Nak tau juga eh? Haaa, kalau nak tahu tunggu next entri tauuu ^_^

Tunggu tauuuuu.
Wassalam



No comments: